Sunday, 22 November 2015

Sun Life Malaysia kontroversi


 Jangan tandatangan dulu sebelum anda baca ini!!



Sun Life Malaysia adalah sebuah badan insurans yang bertapak di Malaysia.Mereka ini beroperasi melalui bank-bank yang ada di Malaysia seperti Maybank, Cimb bank, Ambank dan sebagai. Terdapat banyak pakej insurans yang disediakan antaranya Bijak Malaysia.

Bijak Malaysia insurans ini dijalankan melalui potongan duit di dalam bank atau kad kredit. Tiap - tiap bulan antara harus bayar.  Terdapat banyak pakej yang disediakan bermula RM100, RM200 dan RM500 kalau tak silap. Kontraknya adalah selama 3 tahun. Ini bermakna anda terpaksa bayar RM3600 untuk bulanan RM100. Polisi Bijak Malaysia adalah anda akan mendapat perlindungan untuk kemalangan (cacat kekal atau tidak) dan kematian. Selain itu, mereka juga akan memberi dividen 3 tahun sekali. Sebagai contoh bulan RM100, anda akan dapat dividen RM1545.

Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan ini ialah insurans bukannya simpanan @ unit amanah saham. Jadi duit yang disimpan bulan-bulan tidak akan dikembalikan 100%. Jumlah itu berbeza-beza bergantung kepada individu walaupun pakej bulanan sama. Cash value @ wang akan pulangkan hasil bayaran bulan-bulan akan diketahui selepas 3 tahun. Mungkin boleh dapat puluhan, ratusan atau ribuan. Nasib rezeki masing-masing.

Lagi satu, andaikan anda tiba-tiba mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu lagi membayar secara bulanan. Maka hendak berhenti. Boleh berhenti, tetapi akan tidak dapat sesen pun walaupun telah bayar 20 bulan, 30 bualan. Wajib bayar selama 36 bulan, baru dapat dividen.

Mie bukan ejen benda ini, cuma kongsi maklumat sebab mie dah terkena. Mungkin ini dapat membantu sesiapa di luar sana kalau-kalau ingin masuk plan ini. Sebab ramai compaint nak duit balik. Satu lagi jangan percaya pengawai bank 100% yg promote benda ini. Search dulu.

Pendek kata, Bijak Malaysia sebagai perlindungan plus pelaburan.

kalau ada pertanyaan, boleh tulis di ruang komen. Kalau mie tahu, mie jawab.


3 comments:

  1. Yes akhirnya..kawe pun dh terkene dgn sunlife ni..baruuuu sangat terkena..cerita nya kawe terpaksa melalui minor operation kat bhgian tapak tangan..stay kat hospital 3 hari..klu ikutkan policy sunlife akan bayar 150 untuk sehari dan 3-4000++ untuk apa2 operation..lepas sebulan bila dah ok mula la kawe compile kan segala document yang diperlukan untuk claim (berdasarkan website sunlife malaysia)..memang cukup complete semua document dan dihantar ke ofis sunlife..tungu punye tunggu sampai 14ari xda kabar berita jadi kawe pun email ke sunlife tnye status claim tu..boleh die jawab xboleh proceed sbb tiada claimant questionnaire??klu tau xboleh proceed kenapa xcontact kawe awl2 lagi bgtau..n dalam website tu xda infom pun kene hantar claimant questionnaire tu..ahhhhh tensen dah 3 tahun dengan sunlife ni..smpai masa untuk close account.

    ReplyDelete
  2. Yes akhirnya..kawe pun dh terkene dgn sunlife ni..baruuuu sangat terkena..cerita nya kawe terpaksa melalui minor operation kat bhgian tapak tangan..stay kat hospital 3 hari..klu ikutkan policy sunlife akan bayar 150 untuk sehari dan 3-4000++ untuk apa2 operation..lepas sebulan bila dah ok mula la kawe compile kan segala document yang diperlukan untuk claim (berdasarkan website sunlife malaysia)..memang cukup complete semua document dan dihantar ke ofis sunlife..tungu punye tunggu sampai 14ari xda kabar berita jadi kawe pun email ke sunlife tnye status claim tu..boleh die jawab xboleh proceed sbb tiada claimant questionnaire??klu tau xboleh proceed kenapa xcontact kawe awl2 lagi bgtau..n dalam website tu xda infom pun kene hantar claimant questionnaire tu..ahhhhh tensen dah 3 tahun dengan sunlife ni..smpai masa untuk close account.

    ReplyDelete
  3. Wajib bayar dlm 36 bulan baru dapt dividen ke?lps dari 36 bulan baru blh stop dgn sunlife ni...

    ReplyDelete