Tuesday 2 July 2019



KEMAS RUMAH ANDA HUJUNG MINGGU

Khusus buat Warga Melaka

Kami sedia mengemas rumah anda..

TIADA MASA UNTUK KEMAS RUMAH? BUSY DENGAN KERJA? HUJUNG MINGGU MASA UNTUK JALAN2 BERSAMA KELUARGA? 

KAMI BERSEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA DENGAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN SEPERTI :-

🧹INDOOR HOUSEKEEPING
🧹OUTDOOR HOUSEKEEPING

HUBUNGI KAMI DI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ANDA

 📞www.wasap.my/60199993276/KemasRumahAnda
📞www.wasap.my/60197274199/KemasRumahAnda

LIST HARGA PAKEJ YG KAMI SEDIAKAN
*******
2 JAM RM50
4 JAM RM95
6 JAM RM135
8 JAM RM180

**2 orang pekerja
****************

Lokasi : Seluruh Melaka

HUBUNGI SEGERA !!!

Najmi - 019-9993276
Shiqin - 019-7274199

*********************************************************************************

TERMA & SYARAT

🧹Peralatan asas disediakan oleh pelanggan
🧹Caj tambahan RM0.80 setiap km jika radius lokasi lebih 18km drpd Tesco Cheng.
🧹Servis disediakan hanya Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja.

Wednesday 20 January 2016

Homestay Seri Amer, Besut



Penginapan Harian Seri Amer (Homestay)



Alamat : Penginapan Hari Seri Amer
               5433, 5436, 5437
               Jalan Sekolah Nasiruddin Shah,
               Kampung Amer
               22200, Besut, Trg.

Lokasi koordinat : 5.775256, 102.539635
Google map : Penginapan Harian Seri Amer
                           




Homestay Seri Amer (HSA) mempunyai 3 buah rumah bersamaan 5 unit bahagian.






HSA 1 - berbumbung Merah
* Rumah ini ada 5 bilik tidur dan 4 tandas.
* Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa.
* Rumah ini dilengkapi peralatan asas seperti TV, mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, sofa dll.
*Rumah ini mempunyai 6 katil queen, 2 kali single king, 1 single




HSA 2 - berdinding putih bahagian depan
* Rumah ini ada 3 bilik tidur dan 3 tandas.
* Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa.
* Rumah ini dilengkapi peralatan asas seperti TV, mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, sofa dll.
*Rumah ini mempunyai 3 katil queen, 2 kali single king.


HSA 3 - berdinding putih bahagian belakang
* Rumah ini ada 4 bilik tidur dan 3 tandas.
* Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa.
* Rumah ini dilengkapi peralatan asas seperti TV, mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, sofa dll.
*Rumah ini mempunyai 6 katil queen, 1 kali single.





HSA 4 - berdinding hijau sebelah kiri
* Rumah ini ada 3 bilik tidur dan 4 tandas.
* Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa.
* Rumah ini dilengkapi peralatan asas seperti TV, mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, sofa dll.
*Rumah ini mempunyai 4 katil queen, 2 kali single.


HSA 5 - berdinding hijau sebelah kanan
* Rumah ini ada 3 bilik tidur dan 4 tandas.
* Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa.
* Rumah ini dilengkapi peralatan asas seperti TV, mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, sofa dll.
*Rumah ini mempunyai 5 katil queen, 1 kali single.


Untuk makluman, kawasan tempat letak disediakan yang sesuai untuk kereta atau bas.
Bagi mendapatkan gambar lebih banyak, boleh layari facebook : Penginapan Harian Seri Amer.


Bagi sesiapa yang mempunyai urusan harian, homestay ini berdekatan dengan:
 
  • -Istitut Perguruan Sultan Mizan
  • - Maktab Rendah Sains Mara,Kota Putera.
  • -Maktab Rendah Sains Mara Besut
  • -Maktab Rendah Sains Mara Kota Putra
  • -Istitut Kemahiran Mara, Besut
  • -Pusat Giat Mara, Besut
  • -Imtiaz, Besut
  • -Pejabat Pelajaran Daerah
  • -Kompleks Rakan Muda
  • -Pusat Serenti Besut (Puspen)
  • -Kompleks Sekolah SMK Tengku Mahmud 1 dan 2, SMK Nasiruddin Shah, Kolej Vakasional Besut
  • -Pejabat Pendaftaran Negara
  • -Pejabat Imigresen Daerah Besut
  • -Kolej Komuniti Besut
  • -Kompleks Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
  • -Kompleks Biro Tata Negara (BTN)
  • -Kompleks Tentera Udara Gong Kedak
  • -Pelbagai Pejabat Kerajaan di Kampong Raja
  • - Pantai Bukit Keluang
  • -Pantai Air Tawar
  • -Lata Belatan, Lata Tembakah
  • -Kolam Air Panas La Hot Spring
  • -Mendaki Gunung Tebu
  • -Shopping sekitar Kelantan dan Terengganu
  • -Jeti untuk ke Pulau Perhentian.



UNTUK TEMPAHAN DAN HARGA TERBAIK, HUBUNGI
014-8423315 (HJ. CHE SEMAN)
019-9115400 (PN HAJAH. NOR AZIZAH)

Sunday 22 November 2015

Sun Life Malaysia kontroversi


 Jangan tandatangan dulu sebelum anda baca ini!!



Sun Life Malaysia adalah sebuah badan insurans yang bertapak di Malaysia.Mereka ini beroperasi melalui bank-bank yang ada di Malaysia seperti Maybank, Cimb bank, Ambank dan sebagai. Terdapat banyak pakej insurans yang disediakan antaranya Bijak Malaysia.

Bijak Malaysia insurans ini dijalankan melalui potongan duit di dalam bank atau kad kredit. Tiap - tiap bulan antara harus bayar.  Terdapat banyak pakej yang disediakan bermula RM100, RM200 dan RM500 kalau tak silap. Kontraknya adalah selama 3 tahun. Ini bermakna anda terpaksa bayar RM3600 untuk bulanan RM100. Polisi Bijak Malaysia adalah anda akan mendapat perlindungan untuk kemalangan (cacat kekal atau tidak) dan kematian. Selain itu, mereka juga akan memberi dividen 3 tahun sekali. Sebagai contoh bulan RM100, anda akan dapat dividen RM1545.

Walau bagaimanapun, anda perlu diingatkan ini ialah insurans bukannya simpanan @ unit amanah saham. Jadi duit yang disimpan bulan-bulan tidak akan dikembalikan 100%. Jumlah itu berbeza-beza bergantung kepada individu walaupun pakej bulanan sama. Cash value @ wang akan pulangkan hasil bayaran bulan-bulan akan diketahui selepas 3 tahun. Mungkin boleh dapat puluhan, ratusan atau ribuan. Nasib rezeki masing-masing.

Lagi satu, andaikan anda tiba-tiba mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu lagi membayar secara bulanan. Maka hendak berhenti. Boleh berhenti, tetapi akan tidak dapat sesen pun walaupun telah bayar 20 bulan, 30 bualan. Wajib bayar selama 36 bulan, baru dapat dividen.

Mie bukan ejen benda ini, cuma kongsi maklumat sebab mie dah terkena. Mungkin ini dapat membantu sesiapa di luar sana kalau-kalau ingin masuk plan ini. Sebab ramai compaint nak duit balik. Satu lagi jangan percaya pengawai bank 100% yg promote benda ini. Search dulu.

Pendek kata, Bijak Malaysia sebagai perlindungan plus pelaburan.

kalau ada pertanyaan, boleh tulis di ruang komen. Kalau mie tahu, mie jawab.


Thursday 8 October 2015

Penglibatan Orang Melayu dalam saham.


Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengetahui dan tidak mahu menceburi dalam bidang saham. Mereka menganggap saham itu berisiko dan merugikan. Perkara itu benar tetapi risiko itu dapat dikurangkan apa mereka menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum terjun dalam bidang itu. Walaubagaimanapun, orang ini berani pulak masuk dalam skim-skim cepat lingkup apabila dijanjikan hasil-hasil manis. Dalam hidup ini, tiada yang mudah. Bahkan orang terkaya dunia pun bersusah-susah dahulu sebelum senang. Pendek kata, tiada short cut dalam mencari harta dunia.

Saham sebenarnya boleh memberi pulangan besar jika kena kaedah dan jalannya. Hasilnya juga boleh tinggi daripada dividen ASB dan tabung Haji. Bagi mereka yang hidup di bandar, 8% setahun tidak memberi apa-apa perubahan ketara dalam hidup. Nak beli barang-barang dapur pun belum tentu cukup. Jalan yang tepat iaitu saham di mana orang Melayu tutup mata dan buta tentang perkara ini. Bahkan saham boleh menjadi passive income kepada korang.

Kepada mereka di luar sana, ambillah peluang untuk kenal dan tahu tentang saham. Banyak seminar-seminar dan kursus di luar sana dianjurkan untuk menarik pihak terlibat dalam bidang saham. Kalau di AS, 50% rakyat terlibat dalam saham. Di Malaysia hanya terdapat 4 juta akaun CDS, 200,000 pelabur aktif untuk bumiputera. Nisbah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan negara maju.

Perlu diketahui saham ini boleh menjadi pendapatan utama bagi mereka buat bersungguh-sungguh. Bahkan pekerjaan ini lebih relaks dan santai serta boleh dilakukan dari rumah. Jika dibandingkan, hasilnya jauh lebih baik daripada makan gaji dengan kerja hampir 8 jam sehari. Oleh itu, beranikan diri, kuatkan azam untuk menjadi misi baharu saham adalah medium kedua untuk menambah pendapatan dalam hidup kian mencabar.

Saham sebenarnya satu ekuiti pemilikan perniagaan yang mudah. Jika anda merancang untuk membina legasi bisnes tetapi tidak mempunyai kepakaran ataupun pengalaman, maka sahamlah platform untuk memiliki sesuatu syarikat bisnes.

Thursday 17 September 2015

Jalan hidup mengenali saham?

Nickname : Mie Besut. 
Hari ini saya mahu berkongsi tentang keberanian mencuba sesuatu yang baru dan berlainan. Ini blog pertama yang saya tulis.

Topik : Saham




Apabila langkah kemasukan saya di universiti, saya selalu berusaha untuk mencari benda 'rare'. Semua yang saya lakukan atas kesedaran pentingnya perancangan masa depan dalam globalisasi yang kian mencabar ini. Makan gaji belum tentu, itu kalau dapat kerja la..huhu. Mencari dan mencari kelainan yang orang takut nak terlibat.*lagi besar risiko, lagi besar cabaran, lagi besar juga pulangannya.

Maka bertemu kisah pertemuan saya dengan suatu benda dikenali sebagai 'saham'. Kehebatannya membuat saya tertanya-tanya tentang dirinya dan berkeinginan untuk mengenali dengan lebih dekat dan mendalam..Macam kisah cinta pulakkan..hahaha..itu pun sebab banyak baca feed kat fb rahsia orang berjaya yang dikongsikan.

Rentetan itu, saya mula menerokai alam internet untuk mengenalinya lebih lanjut. Banyak juga kisahnya yang saya dapati dan temui. Jadi perbualan orang ramai terutamanya warga bandar yang lebih sedar untuk mengenali dirinya. Perbualan demi perbualan membuatkan saya jatuh cinta padanya. Kami lebih kerap berhubung antara satu sama lain.

Hubungan ini lebih serius apabila saya mengambil keputusan untuk membuka akaun dengannya yang dikenali sebagai 'Central Depository System (CDS)'. Akaun ini boleh dibuka dengan bank-bank yang berdaftar sebagai broker saham. CDS mie pula dibawah seliaan seorang remisier dari selatan semenanjung tanah air yang mana saya pilih dia.*sebab tersohor kat internet. Untuk pengetahuan, akaun ini berperanan sebagai medium penyimpanan unit saham yang dibeli. Justeru itu, sesiapa yang berminat menceburi bidang saham wajib membuat akaun ini terlebih dahulu.

Penghujung tahun 2014, rasminya saya memiliki akaun CDS iaitu pada usia 20 tahun dan masih belajar kat u..Pada masa sama turut kenal saham lebih lanjut dan lanjut. Untuk pengetahuan, akaun ini boleh dibuka seawal umur 18 tahun dengan bayaran RM10.. Maka bersegeralah saya menekan butang 'BUY' buat kali pertama dengan paduan dan tip saham berkualiti daripada remisier.




Kini usia hubungan kita sudah mencecah 1 tahun. Sekarang sudah mempunyai 5 jenis saham (pemilikan perniagaan) .. Mie masih berusaha menyimpan duit untuk ke seminar pulak dan modal akan datang. Maklumlah masih belajar..poket nipis je.

Sampai sini dulu perkongsian..Nantikan lebih lanjut pada masa akan datang.
Terima Kasih semua. 
Mie minta maaf kalau terkasar bahasa, terguris hati yea.